Social Icons

Saturday, February 27, 2010

balik hometown & tenet slow

yey! happy sgt sbb mgu ni balik hometown saya. hehe.
lama sungguh tak balik. genap sebulan rasanya.
best dapat menjenguk pak shuhay & pn rohana tersayang, tak lupa en amin yang results SPMnya tak lama lagi nak keluar. cik nani & cik ilya 2 org dengan jayanya berjalan2 cari pasal di negara jiran di selatan. jelesnya saya. walau tanpa en rizal di sisi, saya masih seronok, yelah bersama keluarga kan! heheee..


tapi 'beruk-band' kepunyaan bapak saya ni agak menduga kesabaran diri yang sememangnya dianugerahkan ketidaksabaran yang agak tinggi. huhuhu.
nak ber'fbooking pun jadi stress sbb kena menunggu page loading punya lah lama.
bukak blogger.com pun sama, nak tgu entry2 saya tu loading sepenuhnya, punyalah lembab. sempat lena.


tapi saya teruskan jugak usaha untuk menambah entry ini.
perjalanan balik hari ni, saya dah lama jugak tak testing kerempitan kancil cik nani ni. masih ok lagi nampaknya, steady jugak bawak, tak gegar2. mmg jimat pakai kancil. sampai berebut2 dgn bapak saya nak bawak kancil. kuikuikui.. dm banyak2 kereta sume org sayang sangat kat si kancil 660 ni, banyak jasanya. kecil2 cili padi.


sempena maulidur-rasul hari ni, saya tak ke mana2 sambutan. hanya duduk rumah, basuh kain-sidai kain-lipat kain. ptg nya singgah rumah mak mertua & terus balik hometown saya. aktiviti esok penuh dgn agenda kenduri saudara mara. bapak saya dah siap2 pesan "bawak balik baju kurung, esok ada kenduri". ontheway balik hometown tadi, saya call tailor zaman berzaman, tapi malangnya satu pun baju saya BELUM siap lagi.geram jugak, dah lama jugak saya hantar kain. seb baik jahitan aunty tailor ni tersangatlah sedapnya bila dipakai, maka saya pun tak sound2 dia, cuma gertak je skit, soh cepat skit. eheheehehe..


ok, sehingga saya menulis lagi. kat kampung ni berebut dgn en noramin, sbb beruk-band ada satu je, iaitu bapak saya punya. saya tak main pakai beruk-band (berani kutuk sbb ramai sgt kawan2 yg complaint beruk-band sume lembab!), streamyx tetap di hati, ditambah pulak dgn innitiave en rizal membeli wireless modem, maka kami tak berebut pakai tenet. cuma tak portable la. takpa, handphone skrg canggih2, ada WLAN, blackberry bagai, anytime leh bertenet jgk, takyah usung lappy.


"Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda." Ustaz Hadi Awang. 25hb Feb 2010.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...