Social Icons

Tuesday, January 5, 2010

seharian bermeeting, esok sambung lagi

setelah seharian meeting dari pukul 8.30pg - 6.25ptg, naik kematu bontot ni duduk je, di selang seli dengan trip ke toilet yg entah berapa kali disebabkan posisi dlm bilik mesyuarat hari ni betul2 bawah aircond, huhu. daripada ucapan aluan hingga lah mendengar orang buat pembentangan suke-hati-tak-ikut-agenda, diri sendiri buat pembentangan Report 2009, sampailah di akhir mesyuarat saya utarakan satu topic yang tidak menggembirakan satu pihak tu, sehingga berubah air mukanya.


maafkan saya wahai tuan doktor no 2, saya bukan anti anda, atau anti kepada sesiapa, tapi saya rasa ada memang kepelikan yang sedang melanda dan tidak adil untuk setengah pihak. Jadi tak salah rasanya kalau saya bersuara. Tuan doktor no 1 rupanya tak ada idea langsung apa yang dah terjadi sebenarnya. Satu lagi kepelikan! Memang, bukan senang nak jadi pemimpin, amanah yang perlu digalas, keadilan yang perlu diberikan pada haknya. Harap tuan doktor no 1 boleh membuat keputusan rasional lah yer :)


while driving masa balik kerja tadi, terlintas jugak dalam kepala. "berani nyer aku cakap macam tu tadi, habis lah kena anti dengan tuan doktor no 2". setelah menung jap kat trafic light and bercakap jugak dgn diri sendiri, saya fikir semula, rasanya tak perlu takut untuk menyuarakan pendapat kita kan, betui dak?? tak semestinya boss semuanya betul, dan tak semestinya jugak orang bawahan macam kita ni semua pendapatnya tak berguna. pada saya, tak kira siapa anda, tinggi mana pangkat anda, di mana anda berada, tua atau muda anda, kalau anda bersalah, anda tetap bersalah & perlu terima kesalahan anda dan sedia untuk berubah!!


Ada yang sinis berbisik pada saya masa meeting dismiss tadi "mesti dia bengang kat hang teha, mesti dia kata 'budak ni dah makan tuan ni'"


saya jelaskan pada orang tu, sambil senyum sumbing "bila masa pulak saya ber'tuan' kan dia doc". kami berdua terkeheh2 gelak. sambil gelak tu dalam hati saya kata "rezeki aku bukan dia yang tentukan, allah yang bagi!" tapi ayat tu tak terkeluar.


Ingat satu saja "Older never mean wiser!". Sebab??


Sebab 1 : kalau orang yang lebih tua tu lebih baik/bijak/perfect, kenapa nenek berumur 54thn-cucu 8 orang ditangkap khalwat malam tahun baru, bukan ke perangai tu sama je dengan budak hingusan muda2 yg kena tangkap sama?
Sebab 2: kalau orang yang lebih tua tu lebih baik/bijak/perfect, kenapa ayah/ mak kandung sendiri meratah anak kandung sendiri?? sama je dengan budak hingusan yang buat taik dengan adik-beradik sendiri..!
Sebab 3 : kalau orang yang lebih tua tu lebih baik/bijak/perfect, kenapa kat pejabat orang yang nak pencen tu keje nak tak nak je, lepas punch kad hilang ntah ke mana, sama je dengan budak muda baru masuk kerja..!
Sebab 4 : sebab kita kat dunia ni, takda siapa yang sempurna, walau tua/muda, lelaki perempuan, kakak/adik, mak-bapak/anak anda tak lepas dari membuat kesalahan. tak bermakna disebabkan usia anda lebih tua, anda TIDAK AKAN BUAT SALAH!


sekian bebelan di senja yang hujan lebat ni. kalau en rizal ada & fetch saya dari opis mesti bebelan ini akan terus ke telinganya dalam kereta waktu balik kerja tadi. heheheeee...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...