Social Icons

Monday, January 11, 2010

Juara Lagu sebenar AJL-24. ahaks.


Malas nak cakap banyak, tapi yg meletops bagi saya utk AJL24 kali ni, ialah persembahan pembukaan oleh Dato' Siti & Azlan ni. Banyak pertikaian di sana sini pasal JUARA lagu kali ni. Tapi takpa, itu dah rezeki namanya bila kedua-dua lagu Aizat menang (Persembahan Terbaik - Kau Aku, Juara Lagu - Pergi). Jangan cakap banyak, sbb Aizat dah pun bawak pulang duit itu, kita ni yang tak dapat apa, ahaks.


Cuma satu saja, harap Aizat lebih matang bagi speech selepas ni, janganlah mulakan seperti "Ini memang giler". seperti apa yang berlaku semalam. mmg anda terkejut, kami pun terkejut, tapi sekurangnya keluarlah dari mulut tu, terima kasih atau alhamdulillah! takpa aizat, pedulikan pemerhati yang terlebih sudah ini. biasalah tu, nervous & unexpected kan;)


itu dah rezeki namanya. Saya tetap puas hati sbb walaupun bertongkat Faizal Tahir saya (wahhh, FT tu) dapat jugak no-3. Sangat cool walau bertongkat! sedih jugak Misha yang senior tu tak menang apa, next time yer Misha (ni bukan pertandingan senior-junior, ni pertandingan juara lagu kan!


YUNA juga tidak menghampakan sbb sangat2 cool & bersahaja, dengan teknik magic yang telah mengharmonikan lagi penyampaian Yuna malam tu. Sesiapa nak tau teknik apa, cari dalam Fesbuk Yuna yer kawan2..!! You deserve the 2nd place tau!! Hidop yuna!


siapa patut jadi juara?? bagi saya still Dato' Siti & Azlan, hahahaaa.. lari tajuk jap. Layann!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...