Social Icons

Friday, January 1, 2010

11.00am 01.01.10 :: HAPPY NEW YEAR..!!

Bangun tidur pagi ni, syukur, masih bernafas lagi di tahun baru..;)
2009 dah berlalu, banyak perkara yang dah dilalui & ramai orang yang telah contribute dalam kehidupan saya sepanjang tahun. sekali lagi, terima kasih kepada mereka yang telah contribute!!


takda apa yang menarik utk sambutan tahun baru kali ini. malam tadi, seawal pukul 10 dah 'kong' akibat aktiviti di siang hari yang memenatkan kepala otak ni. saya tak tau kenapa 2,3 hari ni, saya cepat sangat letih. sampaikan malam tadi, terpaksa meninggalkan En Rizal tersayang di YM. sorry la yer abg, mmg ngantuk & letih tahap dewa.


jujurnya mmg saya takpernah langsung join party2 countdown new year di mana2. bukan perasan baik, tapi entah, tak teruja langsung nak buat aktiviti tu sume. alangkan countdown 'live' kat tvshow pun kadang2 sy tak heran. apa nak dihairankan dengan tahun baru yang bakal menjelang, tahun yang ditinggalkan tu yang patut dikenang, sebab tak mungkin dapat kita ulang semula masa-masa yang dah berlalu!


rutin saya, macam biasa, buat apa yang patut kat rumah ni. hari cuti ni kena manjakan diri. tu cara untuk menghargai diri sendiri, bagi saya. ahaks. mula la kepala ni merewang....!! spa? best jugak tu. g saloon rambut? baru lepas pergi minggu lepas... pi window shopping? ermmm.. dah menghabiskan $$$$ masa JCard day aritu, bawak2 la bertendang cik teha oiii.


ok, selamat menikmati weekend yang panjang daripada biasa untuk semua ya! saya sukaaa weekendd!!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...