Social Icons

Monday, December 28, 2009

Ignore panggilan dari +603 2178 8888

Sila ignore panggilan dari no di atas.
Saya dapat panggilan dari no ni petang tadi, kononnya dari AmBank.
Memula tu suara operator yang cakap
"you have a transaction of RM3,7++ waiting for your approval, press 1 to approve the transaction, press 2 to repeat the transaction details, press 9 for operator assistance"


sempat & cepat jugak la otak ni memikir, sejak bila pulak aku pernah deal dengan AmBank ni. Disebabkan kepelikkan itu, sy pun press 9. seorang lelaki yang saya agak bangsa cina jawab.


saya tanya ( aku lak yg tanya sapa ni:p ah pedulikkan, btui dak?) "who is this?"
org tu jawab "eric here"
dalam hati kata, tak mcam orang bank pun yg jawab call ni. lepas tu sy dengar bunyi "beep".

saya cakap "its weird that i received a call asking for transaction approval since i never had an account with AmBank. i am not an AmBank credit card holder, not doing loan, not having saving account with you all"
dia kata "let me check first miss, can i have your name & ic no pls, i can checked it for u"


saya agak mula berapi bila dia cakap macamtu. terus nak minta nama & ic no. saya pun fikir. seb baik geliga jugak otak saya nak balas cakap org tu.
saya cakap "i am not so happy with this conversion. since i am not AmBank customer, i think i shudnt give u any of my details"
dia kata "nevermind miss, i just wanna checked"
saya kata lagi "since i am not your customer, i think something goes wrong here, thank you, i will go to the nearest AmBank to check it by myself"
dia pun kata "ok miss" and hang up.


Dah la sy tgh drive, mengharuk jem pulak kat gopeng tadi. bertambah berapi jugak hati ni. fikir punya pikir, ape aku nak buat ni. so terpikir la nak call semula no yang naik tadi. so sy pun call.
memang betui, AmBank nyer no, sbb ade standard protocol macam bank2 lain jugak. so saya pun minta nak cakap dgn operator. sementara tunggu operator angkat mmg ade announcement pasal panggilan palsu dari no yang di atas tu rupenyerr!!! memang sah dah. sy teruskan tunggu sampai dapat cakap dgn operator customer service depa.


customer service kata "ambank customer service, how may i help u?" haaaa..baru la macam customer service bank...
saya kata "my name is fatiha, just wanna checked with u all, i just just received a call regarding.. blaa..bla.. blaa.."
dia kata "sorry for the inconvenient miss, itu adalah panggilan palsu dari pihak yang tak bertanggungjawab"
saya kata "habis kalau panggilan palsu, kenapa saya call semula no tadi, mmg no AmBank?"
dia kata "number ni adalah no customer service kami, di mana no ini hanya didaftarkan untuk menerima panggilan pelanggan sahaja. Nombor ini tidak didaftarkan untuk membuat panggilan ke luar. Orang yag tidak bertanggungjawab ini telah gunakan no yang sama dengan kami untuk menipu orang ramai, kami minta maaf sekiranya ada kesulitan kepada cik"
saya kata "takpa, tak payah minta maaf, sy cuma heran kenapa saya ada transaction sedangkan saya bukan pelanggan u all"
dia kata "betul cik, kami dah terima banyak panggilan aduan mcm ni. harap cik boleh abaikan dan jangan berikan apa-apa maklumat kepada mereka ni."
saya kata " ok lah macam tu, thanks sbb explain. cuak jugak saya tadi"


kesimpulannya kawan2, berhati-hati menjawab panggilan telefon. memacam pulak taktik orang-orang jahat ni sekarang, sampai gunakan no yang sama dengan bank. Bayangkan kalau saya betul2 ada account dengan AmBank, mesti cuak kalau tetiba ade unknown transaction kan.. dalam cuak2 tu mesti saya akan suruh org jahat tu check jugak transaction palsu tu kan... dalam masa tu saya akan provide details2 tu kan.. huhuhuhu... tak dapat dibayangkan...! mintak lah dijauhkan dari semua musibah macam tu..

marilah kita sama2 ingat-mengingati!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...