Social Icons

Monday, September 28, 2009

Happy Eid 1430H..!!

Assalamualaikum semua,

Hari ini dah 9 Syawal 1430H. Hari pertama mula kerja setelah 11 hari bercuti. Pagi tadi bangun tidur ada konflik dengan diri sendiri sama ada nak kerja atau tak hari ni. Hohohooo... Alarm bunyi entah berapa kali kena snooze pun tak tau lah. Tapi akhirnya dengan hati yang tak sepenuh rela, digagahkan juga bangun demi kerja-kerja kat opis yang taktau banyak mana lagi.

Sebelum merepek lebih panjang ke topic Diari Raya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H kepada semua yang membaca blog ini, Mohon maaf zahir & batin atas segala keterlanjuran kata/sikap/perbuatan saya. Jemput datang ke rumah berhari raya, call dulu untuk buat appoinment. cewahh. sebenarnya supaya senang nak beli barang masak, kalau tak, jamu kuih raya je pulak nanti:p
Diari Pre-Raya 1430H :


Sabtu 29 Ramadhan - Memang tradisi sejak turun temurun keluarga sebelah En. Rizal membakar lemang. Dari pagi sampai lah ke petang, membakar lemang & masak juadah hari raya. Rekod tahun ini 28 batang lemang semuanya (kami tak jual lemang:p). Tekong utama ialah Mak Ngah kami dan En Rizal sendiri selaku penghidup api & penjaga api, dan tukang twist2 buluh lemang bila cukup time. hehehee..

Sebelah petang bergegas ke Greentown Mall untuk cari baju raya saya. Harap maklum, baju raya yang saya hantar seawal bulan Jun 2009 tidak dapat disiapkan oleh Tailor Kesayangan. Tak lah sedih mana, cuma geram sebab saya dah hantar baju awal-awal. Agaknya mungkin dia malas nak layan kerenah saya yang hantar kain yang susah nak dijahit. 

Kesimpulannya, kalau nak beraya dengan baju yang banyak songeh-susah-nak jahit, lebih baik beli ready-made saja, macam-macam patern ade sekarang, sbb tailor malas nak layan. Akibat dari aktiviti membeli-belah last minit kami berbuka puasa dalam kereta saja. huhuhuuu.. Selesai semuanya, kami pun balik ke hometown saya di Teluk Intan. Yey Yey!!
Diari Raya 1430H :

1 Syawal 1430H - Macam biasa, bangun awal untuk sembahyang Sunat Aidilfitri di Masjid berdekatan. Ramai sungguh jemaah perempuan kali ni, saff kena extend sampai dalam stor. huhu. Bersalaman & bermaafan sesama ahli keluarga kami. Bagi angpau pada adik-adik yang 3 orang. Dan tak lupa jugak menuntut angpau dari En Rizal. ehehehee..:p (sampai hari ni saya masih belum buka sampul yang En Rizal bagi pada saya:p). Makan juadah tak ingat dunia, balas dendam. Aktiviti diteruskan dengan balik ke kampung Atuk saya untuk menziarahi pusara orang-orang tersayang yang telah pergi. Sedih juga, terkenang arwah mama saya, walaupun dah 4 tahun berlalu. Terus beraya di rumah saudara mara yang berhampiran.
Kampung Atuk : Bagan Datoh

2 Syawal hingga 5 Syawal - Beraya di kampung halaman sebelah En Rizal pula, mengikut rutin akan pergi beraya ke rumah saudara mara. Pergi open house sana sini. Banyak menu bercampur-campur dalam perut ni. hehehe. nikmat betul dapat makan:p

6 Syawal hingga 7 Syawal - Bertolak ke Shah Alam, untuk beraya bersama pakcik-makcik adik beradik bapak saya. Semua berkumpul di Shah Alam tahun ni memandangkan sepupu kami bertunang di sana. Tahniah kepada Hilwana & Khairul Ariffin.
8 Syawal - Kami decide nak buat a small family gathering di rumah. Saya jemput juga very close fren yang available. Menu tahun ini lontong, kek coklat, buah-buahan & aiskrim tak lupa kuih raya. Around 50pax saja. Simple but valuable.
9 Syawal - Saya sedang menulis blog ini sambil cuba mendail nombor telefon Dr Azaibi Tamin, saya perlu confirmkan mengenai seminar pada 5hb Oktober ini. Bukan senang nak curi kesempatan macam ni. Harap Dr Azaibi dapat meluangkan masa untuk kami di VRI.

Sekian sehingga 9 Syawal 1430H..!!:D 



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...