Social Icons

Thursday, September 10, 2009

26 Ramadhan & Kegeraman saya...

Sedar tak sedar hari ni dah 26 Ramadhan, lagi 3 hari je nak sambut aidilfitri. Esok saya dah mula cuti..ehehe.. hanya akan naik kerja semula pada 28.09.2009 (birthday Saidah ni:p).. yeyyy!! cuti panjang..eheheh:D


Disebabkan semangat nak cuti awal ni, kerja pun kena kasi beress dulu, kalau tak tak tenang bercuti kat rumah nanti. Harini seharian dok mengadap http://ehcd.mosti.gov.my untuk apply Skim Biasiswa Penyelidikan Guna Pasca Siswazah bagi Pegawai Dalam Perkhidmatan (LDP). Aduhaii, geramnya saya. Dateline 24 September 2009. Dah sah-sah dalam "Raya Fever". Dari minggu lepas saya & nurulaini fill in online form tapi asyik sangkut. Macam-macam error yang keluar. Lemah betul. Permohonan pulak hanya online, tak main pakai borang-borang hardcopy dah. Ini lah keburukannya, bila nak buat sistem online, tapi sistem tu sendiri tak mampu lagi nak support banyak features yang ada. Hang sana sini, lambat dsb. Geram sungguh..!!


Kegeraman saya akhirnya dilemparkan ke blogspot ini:p serius, dah naik fed-up isi online form diaorang. Dah elok-elok isi, sekali bila buka semula kosong, kena fill in lagi, dah berapa kali jadi macam ni. Bukan satu muka surat, ade 8 muka surat dari butiran peribadi, sampai ke proposal research semua kena buat semula berulang kali. Lunch time (ehh lunch??!:p) saya pun saya tak ke mana hari ni, padahal dah janji dengan en rizal nak mencari bedsheet. Terpaksa ditunda.


Oklah, biarlah online system MOSTI tu seketika. Yang penting raya fever masih top rank dalam kepala. Esok kami berangkat ke Teluk Intan, program mengemas rumah seharian. Adik-adik saya semua mengelat tahun ni, balik lambat, jadi takpa, since kami paling dekat sekali dan boleh on and off ke Teluk Intan (hometown saya) - Batu Gajah (Hometown En Rizal) - Ipoh, kami marathon. Khamis program mengemas di Teluk Intan, Jumaat ke Jln Klang Lama untuk program susun-atur rumah en rizal (nak balik ipoh mesti jammed niii..huhhhuhu), Sabtu agenda memasak lemang di hometown En Rizal. Malam raya kami berangkat sekali lagi ke Teluk Intan untuk beraya. Tahun ni first raya kat hometown saya...(grinned..ehehehe)
Baju raya...!!! Baju raya tak siap lagi..!! masih kat Tailor JC kat hometown saya. huhuhuuu.... Kalau tak siap, alamatnya malam raya kena gi merayap la cari ready-made nyer. Baju melayu En Rizal pun tak tau dah siap ke belum, bila call tak berjawab... adoi gamaknya sibuk menjahit sampai tak dapat nak angkat call customer..... kalau tak ok jugak, kena pi serang esok pagi ni...
Kuih raya..!!!! Err...dalam nak berjimat tahun ni, terlebih beli jugak nampaknya, masa order sumpah tak sedar, nampak sedap-lawa je order.. sekali bila order semua sudah marii.. banyak la pulak.. dalam hati, takpe, leh sedekah sapa2, boleh jadi buah tangan bila beraya kat rumah sedara mara kan. kann. (sedapkan hati:p).
Jam dah pukul 3.30 petang, saya kena gunakan kaedah cuba-jaya sekali lagi untuk completekan online application ehcd Mosti ni. Masih belum beres, nanti ade pulak yang kena datang ofis esok, padahal dah elok2 cuti approved.
Selamat berbuka puasa untuk semua. Harap-harap saya sempat menulis satu posting lagi menjelang hari raya ni..ehehee..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...