Social Icons

Monday, August 31, 2009

Diari Ramadhan Teha:D


Hehe. Tiru Diari Ramadhan Rafique:p


Hari ini 31 Ogos 2009 bersamaan 10 Ramadhan 1430H, hari Isnin. Rasa lega yang amat sangat sebab dapat cuti 3 hari. Kalau tak, bulan puasa ni sibuk sangat rasanya (mengalahkan seorang ibu beranak 10 bunyinya:p).


Minggu pertama puasa alhamdulillah En Rizal tersayang cuti dan dapatlah kami berbuka puasa, solat terawih bersama-sama dengan keluarga. Ramadhan pertama dan kedua (sabtu dan ahad lalu) kami pulang ke Teluk Intan (hometown saya) untuk berpuasa/berbuka/berterawih dengan Tn. Hj. Ahmad Shuhaimy & Hjh. Rohana iaitu bapakku dan ummiku serta adik bongsu saya (lagi 2 orang younger sisters saya tak dapat balik.


Bermula hari isnin... saya dah kerja (malasnya nak kerja di bulan puasa)... En Rizal macam biasa menghantar saya ke tempat kerja, dan menjemput saya pulang (kebiasaannya En Rizal mmg akan hantar saya masa dia cuti, faham2 saja lah bila dia di offshore mmg tak merasa nak bermanja-gedik macam ni).


Kami decide nak berbuka puasa di rumah mertua saya (rumah kami berdekatan dengan rumah parents suami saya). Kena pulak dengan cuti sekolah, meriahlah rumah mertua saya dengan anak buah kami yang dua orang tu (Amirul si abang & Afrina si adik). Seronok berbuka beramai-ramai. Solat terawih bersama-sama. Terasa begitu imarah bulan ramadhan kali ini..


Jumaat lepas (7 ramadhan), en rizal dah kena kembali bertugas ke miri, maka tinggallah saya seorangan..(padahal cik nani ade temankan saya..ehehe:p) takper, janji dapat raye bersama..hehehehe:D
Diari hari ini:


4.15 pagi - Alarm hp berbunyi (masa en rizal ade, mmg sy bgn seawal ini), saya jaga, "erm, awal lagi, bkn nak masak apa pun" (en rizal tersayang dah ke miri, jadi saya dgn cik nani-yg-mmg-tak-sahur saja kat rumah). Jadi, sambung tidur balik...


4.45 pagi - Alarm hp berbunyi lagi... kali ni terus bukak mata, golek2, tgk laptop di sisi, ermm..lupa lagi nak turn off malam tadi.. off laptop.. then baru bangun dan terus ke bilik air...


5.00 pagi - tgk apa yang ada dalam peti ais (yg telah disimpan hasil pasar ramadhan semalam), yesza, ade murtabak, tapi dah luak separuh, tak lain cik nani dah tibai sebelum dia tidur malam tadi... saya pun makan.. air pulak, belasah air susu lembu berperisa yang dibeli dari param semalam jugak, shedapp.. saya suke..!! terus stay sampai subuh.. dan lepas subuh apa lagi, bantai tidur laa..ehehehee...


9.30 pagi - Jaga dari tidur, buat apa yang patut, basuh baju, bila pegang baju en rizal, alamak...teringat la pulak..ececeehh..:p apa agaknya en rizal sahur harini, sian en rizal puasa di tengah laut ("ala, abang dah biasa" tu la yg en rizal kata bila saya kata kesian die:p). tapi takpa, tahun ni yang penting en rizal dapat beraya dengan kami semua..(big grin:D)


1.00 tghari - lunch time..ehh pose la...ehehee... settle keje rumah, mula lah pikir nak berFB. lalu segeralah saya melayan FB. hehehee. tak berapa lama en rizal call, busy kat sana katanya, operation problem, terus saya tanya "tp takde perubahan kan jadual abang, still leh balik raya kan".... gelak besar en rizal, katanya saya risau sangat dia tak dapat beraya kat kpg tahun ni.. saya tersengih sorang2...yelah, kalau diberi pilihan mesti la nak raya dengan suami kan..:D


5.00 ptg - Pergi pasar ramadhan Medan Gopeng (tak tau kenapa dlm byk2 port param, saya tetap pilih mdn gopeng)... Terus ke gerai nasi kerabu best itu, RM3 saja, tak mahal. ade daging & ikan goreng tepung, without solok lada (saya tak pandai makan)... Air pulak masih seperti semalam air buah naga LELEHH!!! hehehehehe... ni salah satu peel saya, kalau dah SUKE SGT tu, dua-tiga-hari-even-seminggu pun leh tahan dengan menu yang sama..huhuhu... hari ni hari yang ke-2 dengan menu tersebut..!!


skrg (7.00 mlm) - saya di hujung penulisan diari hari ini. Sat lagi nak siap2 utk berbuka.


Sehingga ke posting seterusnya...Selamat Berbuka Puasa..!!!:D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...